Monday, May 18, 2009

Bingkisan Buat Guru-Guru Sarjana/Semegah

0 comments
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu

Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas

Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku


Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini....



SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 yg telah banyak berjasa mendidik kami sepanjang usia kami di bumi SARJANA/SEMEGAH...
Semoga ALLAH membalas segala jasamu dan terus bersemangat mendidik anak bangsa..
Aminn..

Friday, May 1, 2009

Hari Anugerah,Mesyuarat PIBG,Ulangtahun SARJANA

0 comments
Pada 16 April 2009 sekali lagi SARJANA mengadakan Hari Anugerah atas tanda penghargaan kepada semua pelajar SARJANA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang kecil mahupun yang besar(i.e. STAM,SPM,PMR)
Namun pada kali ini ia diadakan pada hari Khamis selepas sahaja selesai Mesyuarat PIBG..

Oh ye
Sebelum terlupa,
pada hari Selasa yang lalu, (14 April) sekolah SARJANA telah mengadakan sambutan Ulangtahun SARJANA yang ke-9...
Aturcara program diisi dengan beberapa persembahan seperti lakonan, tayangan slaid...dan sebagainya
Pelajar SARJANA memang berbakat..

Tetapi ada sedikit pesanan daripada Guru Bahasa Melayu...
"Jagalah bahasa dan tutur kata semasa mengendalikan majlis rasmi..ini bukan ABPH ye")
Hehe hati-hati ye akan datang buat lagi sehabis baik!
Paling menarik dan acara yang paling ditungg-tunggu...
MAKAN....jamuan makan untk Guru dan Staf SARJANA telah ditaja oleh pengusaha Dewan Makan.
Ada ikan masak dua rasa...udang goreng, sotong masak merah..ayam masak..masak ape ye urm tak pasti...dan berbagai juadah lain turut disediakan...(yummmy)
Okek semua warga SARJANA dan EXSARJANA....
doakan SARJANA supaya sentiasa berada dalam kesejahteraan dan diberkati Allah S.W.T.
Nahwal Imtiyaz...
wasalam

Ihsan Cik Yui
 

ALUMNI SARJANA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template