Thursday, August 5, 2010

Mesyuarat AJK Reunion 2010

3 comments
Assalamualaikum, maklumat ini diambil dari laman facebook. Untuk rujukan dan sebarang komen, layari http://www.facebook.com/note.php?note_id=416241826057&ref=notif&notif_t=note_tag

Slm...perhatian kepada semua AJK sukarelawan SARJANA, saya Nurulaida Binti Ahmad Khaidir 1st batch SARJANA ingin mengadakan perjumpaan dgn anda sekalian bagi membincangkn 1st reunion SARJANA yg akan di adakan pada 18-19 september ini...saya terpaksa menggantikan tempat cik aziedatun-noor saidin sebagai penggerak reunion ini buat sementara waktu kerana beliau tersangatlah sibuknye...hee..

tarikh : 14.08.20010
hari : Sabtu
tmpat : UIA
masa : 9.00 am

perkara utama yg akan d bincangkan adalah pembahagian tugas AJK dan lain2 perkara berkaitan yang akan di bincangkan...saya harap kite akn dapat menyelesaikan semua perkara pada hari tersebut kerana kite telah kesuntukan masa...huuu

saya juga berharap agar AJK sekalian dapat meluangkn masa anda pada hari tersebut..kepada AJK yg tidak dapat hadir sila bagi sebab anda jika tidak nama anda akan d gugurkan..(hehe..kelihatan
agak agresive d situ)..sama ada 1st reunion SARJANA akn dapat dilaksanakan atau tidak terletak pada tangan kite semua...jd sila beri komitmen anda..memandangkan kite semua puasa pada hari tersebut sila dtang tepat pada waktunye ye...jgn lupe bwak pen sekali..hee~

Berikut adalah senarai nama biro pelaksana:

Pengarah Program: Azidatun-Noor Bt Saidin
Setiausaha : Syafiqah Bt Sham
Bendahari : Nurulaida Binti Ahmad Khaidir

1. Biro Aktiviti: Mohd Roslan B Zawawi
Syuhada Bt Sulaiman

2. Biro Protocol: Mohd Hasnur B. Hamid
Nadiah Bt Mat Salleh

3. Biro Promosi: Esran Fadhel
Farhana Bt Abdul Rahman

4. Biro Makanan: Siti Noramalina Bt Imam
Mohd Shafuan B Zawawi

5. Biro Cenderahati: Hafizi B. Azmi
Hamidi B. Zamri


jawatan biro d atas adalah sekadar draft shj yang telah di buat oleh cik azidatun-noor...jika ada sesiapa yg tidak berpuashati sila bangkitkn pada hari perbincangan itu nnti ya...

kepada ex-sarjana yg lain yg berminat untuk jadi biro pelaksana sila berikan nama anda kepada saya dan sila hadir pada 14.08.2010 = sabtu..

sekian..

p/s :
1) di kawasan manakah d UIA itu sy tidak tahu sbb sy xpernah masuk...hehe..sy harap AJK yg belajar d UIA dpt memberikan cadangan tmpat yg selesa untuk mengadakan perbincangan reunion SARJANA ini...

2) Hehe..sile tag AJK yg lain bcz ade beberapa AJK yg tiada dlm senarai saya or saya terlepas pandang untuk di tag..segala kesulitan amatla d kesali...hee ^_^

DATANG JGN X DATANG...!!

Tuesday, October 6, 2009

Sekadar Cadangan

2 comments
Assalamualaikum,

Lama tak update blog ni. Oklah, di pihak admin ingin mengemukakan cadangan untuk mengadakan perjumpaan pelajar SARJANA/SEMEGAH sempena ulang tahun ke 10 SARJANA/SEMEGAH yang dijangkakan pada tahun hadapan (2010). Memandangkan SARJANA/SEMEGAH sudah hampir 10 tahun, baik rasanya diadakan majlis seperti ini. Harap kerjasama dari semua pihak jika ingin program ini dijalankan. Sebarang cadangan program boleh dikemukakan di "shout box" yang telah disediakan di blog ini atau terus sahaja email ke:

exsarjana@gmail.com

Selain itu, sebarkan kepada sahabat-sahabat lain tentang kewujudan blog ini yang mana menjadi blog rasmi setakat ini untuk bekas pelajar SARJANA/SEMEGAH.

Kerjasama anda amat dihargai.

Ukhwah Fillah Abadan Abada,
Nahwal Imtiyaz!!!

12.54 pm - Selasa - 06/10/2009

Monday, May 18, 2009

Bingkisan Buat Guru-Guru Sarjana/Semegah

0 comments
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu

Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas

Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku


Semalam ku lihat dia

Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini....



SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 yg telah banyak berjasa mendidik kami sepanjang usia kami di bumi SARJANA/SEMEGAH...
Semoga ALLAH membalas segala jasamu dan terus bersemangat mendidik anak bangsa..
Aminn..

Friday, May 1, 2009

Hari Anugerah,Mesyuarat PIBG,Ulangtahun SARJANA

0 comments
Pada 16 April 2009 sekali lagi SARJANA mengadakan Hari Anugerah atas tanda penghargaan kepada semua pelajar SARJANA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang kecil mahupun yang besar(i.e. STAM,SPM,PMR)
Namun pada kali ini ia diadakan pada hari Khamis selepas sahaja selesai Mesyuarat PIBG..

Oh ye
Sebelum terlupa,
pada hari Selasa yang lalu, (14 April) sekolah SARJANA telah mengadakan sambutan Ulangtahun SARJANA yang ke-9...
Aturcara program diisi dengan beberapa persembahan seperti lakonan, tayangan slaid...dan sebagainya
Pelajar SARJANA memang berbakat..

Tetapi ada sedikit pesanan daripada Guru Bahasa Melayu...
"Jagalah bahasa dan tutur kata semasa mengendalikan majlis rasmi..ini bukan ABPH ye")
Hehe hati-hati ye akan datang buat lagi sehabis baik!
Paling menarik dan acara yang paling ditungg-tunggu...
MAKAN....jamuan makan untk Guru dan Staf SARJANA telah ditaja oleh pengusaha Dewan Makan.
Ada ikan masak dua rasa...udang goreng, sotong masak merah..ayam masak..masak ape ye urm tak pasti...dan berbagai juadah lain turut disediakan...(yummmy)
Okek semua warga SARJANA dan EXSARJANA....
doakan SARJANA supaya sentiasa berada dalam kesejahteraan dan diberkati Allah S.W.T.
Nahwal Imtiyaz...
wasalam

Ihsan Cik Yui

Thursday, April 30, 2009

14 April...Tarikh Keramat.

0 comments
Bulan April kini tiba ke penghujungnya... namun tak salah kiranya kita
mengimbau kembali tarikh keramat bg warga ex-semegah/sarjana
iaitu pada 14 April.

Inilah kenangan dan pengalaman yg pasti xkan dapat dilupakan oleh
semua yg menjejakkan kaki ke SEMEGAH buat pertama kalinya pada
tarikh ini. Jalan tanah merah, dewan besar yg masih belum siap, air
dan elektrik yg kadang2 tergendala, kantin yg belum ada penjualnya,
dewan makan yg dijadikan surau dibelakangnya, padang bola
yg belum pun tumbuh rumputnya..dan macam-macam
lagi hospitaliti yg tidak sempurna...namun, tarikh inilah yg menjadi
titik tanda bermulanya sebuah evolusi, bukan sahaja di bumi
SEMEGAH/SARJANA, malah seluruh Kg Gajah.

Sedar tak sedar, tahun ini sudah genap sembilan tahun umur sekolah kita.
dan tahun depan genaplah sedekad ianya beroperasi. Moga pelajarnya terus
maju dan mantap dari segi sahsiah, ruhiyah dan akademiknya, dan
mudah-mudahan bekas pelajarnya terus berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-9
Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah...

Wednesday, March 18, 2009

Zoom SARJANA...

2 comments
SARJANA... gah dengan pemandangan Bukit Celcom di belakangnya...



Masjid Al-Munzirin...



Nun di sana, Dataran Ilmu penuh nostalgia..


Satu-satunya bulatan yang ditengahnya mempunyai pokok kelapa yg menyala, ada sini....



Siapa yg tidak pernah melalui susur ini?? angkat tangan...



Belakang makmal sains..


Kelas 5 Sains dari arah koridor



Bersebelahan dengan Kem Bina Semangat Dato' Sagor...


Monday, March 16, 2009

Mengimbas Kenangan Lalu...

0 comments
Pelajar kelas 5Sc 2004 bersama guru2 perempuan


Lagi pelajar 5Sc bersama guru2 lelaki


Inilah cikgu2 kite...



Dewan besar, bangunan pentadbiran dan kelas.
Pemandangan sekolah dr Bukit Celcom. Gambar ini diambil sekitar tahun 2002 semasa Larian Bukit Celcom diadakan. Ketika ini masih lagi SEMEGAH...


Pemandangan quaters guru, aspuri dan padang dr Bukit Celcom.

P/s: Maaf sbb x dapat menyiarkan gambar yg berqualiti tinggi. Gambar2 ni sebenarnya di scan semula sbg soft copy.. maklumlah.. masa zaman ni susah kan nk dpt digital camera.. Kalau sahabat2 ada gambar pemandangan sekolah kita yg ingin dikongsikan bersama di dalam blog ini, bolehlah berbuat demikian dgn meng'emel'kan gambar2 tersebut ke exsarjana@gmail.com.

Friday, March 13, 2009

Result SPM 2008

1 comments
Semalam secara rasminya keputusan SPM 2008 telah dikeluarkan. Keseluruhannya, ramai pelajar Sarjana yg menduduki peperiksaan SPM pd tahun lepas mendapat keputusan yg cemerlang. Rata-ratanya memperoleh 6A dan 7A.. Tahniah! Congratulations.. Paling tinggi 11A, adik Hildawani dr kelas Sains.. tahniah diucapkan..

Pada yg kurang berjaya, jangan putus asa.. never give up. It is not the end of the world.. Tapi permulaan perjalanan hidup. Masih ada peluang utk perbaiki diri di ruang yg lain. Pada yg berjaya, stay on the ground, do not float. Life is bound to be surprising... Apapun, semoga adik2 akan terus berjaya dan berjaya di masa akan datang. And..welcome to the club..huhu


P/s: Additional info... 11A sorang, 9A sorang, 8A 3 orang, 7A 2 orang, 6A 11 orang. Tahniah juga buat adik2 yg menduduki peperiksaan STAM tahun lepas.. 8 orang dapat mumtaz. Tahniah..tahniah.. tepuk la sikit..huhu..

Sunday, March 8, 2009

LINK BLOG

0 comments

Kepada sahabat-sahabat Ex-Sarjana yang dihormati sekalian, jika anda berminat untuk link blog anda melalui blog rasmi Alumni Sarjana ini, anda boleh emailkan alamat blog anda ke: exsarjana@gmail.com


Sila sertakan butiran seperti berikut:
Nama Penuh :
Batch yang ke :
No telefon :
Alamat Blog :

SEKOLAHKU

0 comments
Logo Sekolah yang sentiasa terpahat di hati semua pelajar dan bekas pelajar SARJANA (formerly known as SEMEGAH)

Permandangan Dataran Ilmu yang suatu ketika dahulu menjadi tapak perhimpunan sebelum Dewan Besar siap sepenuhnya.


Masjid SARJANA yang menjadi lambang penyatuan ummah di sekitarnya.


Kantin Sekolah dari pandangan atas.



Dewan Besar SARJANA
 

ALUMNI SARJANA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template