Showing posts with label DARI PC ADMIN. Show all posts
Showing posts with label DARI PC ADMIN. Show all posts

Friday, May 1, 2009

Hari Anugerah,Mesyuarat PIBG,Ulangtahun SARJANA

0 comments
Pada 16 April 2009 sekali lagi SARJANA mengadakan Hari Anugerah atas tanda penghargaan kepada semua pelajar SARJANA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang kecil mahupun yang besar(i.e. STAM,SPM,PMR)
Namun pada kali ini ia diadakan pada hari Khamis selepas sahaja selesai Mesyuarat PIBG..

Oh ye
Sebelum terlupa,
pada hari Selasa yang lalu, (14 April) sekolah SARJANA telah mengadakan sambutan Ulangtahun SARJANA yang ke-9...
Aturcara program diisi dengan beberapa persembahan seperti lakonan, tayangan slaid...dan sebagainya
Pelajar SARJANA memang berbakat..

Tetapi ada sedikit pesanan daripada Guru Bahasa Melayu...
"Jagalah bahasa dan tutur kata semasa mengendalikan majlis rasmi..ini bukan ABPH ye")
Hehe hati-hati ye akan datang buat lagi sehabis baik!
Paling menarik dan acara yang paling ditungg-tunggu...
MAKAN....jamuan makan untk Guru dan Staf SARJANA telah ditaja oleh pengusaha Dewan Makan.
Ada ikan masak dua rasa...udang goreng, sotong masak merah..ayam masak..masak ape ye urm tak pasti...dan berbagai juadah lain turut disediakan...(yummmy)
Okek semua warga SARJANA dan EXSARJANA....
doakan SARJANA supaya sentiasa berada dalam kesejahteraan dan diberkati Allah S.W.T.
Nahwal Imtiyaz...
wasalam

Ihsan Cik Yui

Thursday, April 30, 2009

14 April...Tarikh Keramat.

0 comments
Bulan April kini tiba ke penghujungnya... namun tak salah kiranya kita
mengimbau kembali tarikh keramat bg warga ex-semegah/sarjana
iaitu pada 14 April.

Inilah kenangan dan pengalaman yg pasti xkan dapat dilupakan oleh
semua yg menjejakkan kaki ke SEMEGAH buat pertama kalinya pada
tarikh ini. Jalan tanah merah, dewan besar yg masih belum siap, air
dan elektrik yg kadang2 tergendala, kantin yg belum ada penjualnya,
dewan makan yg dijadikan surau dibelakangnya, padang bola
yg belum pun tumbuh rumputnya..dan macam-macam
lagi hospitaliti yg tidak sempurna...namun, tarikh inilah yg menjadi
titik tanda bermulanya sebuah evolusi, bukan sahaja di bumi
SEMEGAH/SARJANA, malah seluruh Kg Gajah.

Sedar tak sedar, tahun ini sudah genap sembilan tahun umur sekolah kita.
dan tahun depan genaplah sedekad ianya beroperasi. Moga pelajarnya terus
maju dan mantap dari segi sahsiah, ruhiyah dan akademiknya, dan
mudah-mudahan bekas pelajarnya terus berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-9
Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah...

Friday, March 13, 2009

Result SPM 2008

1 comments
Semalam secara rasminya keputusan SPM 2008 telah dikeluarkan. Keseluruhannya, ramai pelajar Sarjana yg menduduki peperiksaan SPM pd tahun lepas mendapat keputusan yg cemerlang. Rata-ratanya memperoleh 6A dan 7A.. Tahniah! Congratulations.. Paling tinggi 11A, adik Hildawani dr kelas Sains.. tahniah diucapkan..

Pada yg kurang berjaya, jangan putus asa.. never give up. It is not the end of the world.. Tapi permulaan perjalanan hidup. Masih ada peluang utk perbaiki diri di ruang yg lain. Pada yg berjaya, stay on the ground, do not float. Life is bound to be surprising... Apapun, semoga adik2 akan terus berjaya dan berjaya di masa akan datang. And..welcome to the club..huhu


P/s: Additional info... 11A sorang, 9A sorang, 8A 3 orang, 7A 2 orang, 6A 11 orang. Tahniah juga buat adik2 yg menduduki peperiksaan STAM tahun lepas.. 8 orang dapat mumtaz. Tahniah..tahniah.. tepuk la sikit..huhu..

Sunday, March 8, 2009

LINK BLOG

0 comments

Kepada sahabat-sahabat Ex-Sarjana yang dihormati sekalian, jika anda berminat untuk link blog anda melalui blog rasmi Alumni Sarjana ini, anda boleh emailkan alamat blog anda ke: exsarjana@gmail.com


Sila sertakan butiran seperti berikut:
Nama Penuh :
Batch yang ke :
No telefon :
Alamat Blog :
 

ALUMNI SARJANA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template