Thursday, April 30, 2009

14 April...Tarikh Keramat.


Bulan April kini tiba ke penghujungnya... namun tak salah kiranya kita
mengimbau kembali tarikh keramat bg warga ex-semegah/sarjana
iaitu pada 14 April.

Inilah kenangan dan pengalaman yg pasti xkan dapat dilupakan oleh
semua yg menjejakkan kaki ke SEMEGAH buat pertama kalinya pada
tarikh ini. Jalan tanah merah, dewan besar yg masih belum siap, air
dan elektrik yg kadang2 tergendala, kantin yg belum ada penjualnya,
dewan makan yg dijadikan surau dibelakangnya, padang bola
yg belum pun tumbuh rumputnya..dan macam-macam
lagi hospitaliti yg tidak sempurna...namun, tarikh inilah yg menjadi
titik tanda bermulanya sebuah evolusi, bukan sahaja di bumi
SEMEGAH/SARJANA, malah seluruh Kg Gajah.

Sedar tak sedar, tahun ini sudah genap sembilan tahun umur sekolah kita.
dan tahun depan genaplah sedekad ianya beroperasi. Moga pelajarnya terus
maju dan mantap dari segi sahsiah, ruhiyah dan akademiknya, dan
mudah-mudahan bekas pelajarnya terus berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-9
Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah...

0 comments:

Post a Comment

 

ALUMNI SARJANA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template